Friday, April 7, 2017

Sepi Bukan Bermakna Hilang

Assalamualaikum pembuka bicara.
Lamanya aku tinggalkan dunia penulisan aku ni.
Bukan ketandusan idea.
Tapi masih banyak hal penting yang aku kena uruskan selepas kematian suami.

Terlalu banyak beban yang ditanggung.
Terlalu banyak ujian dan dugaan terpaksa ditempuhi.
Bukan aku mengelakkan diri.
Masalah tetap perlu dihadapi.
Cuma aku perlukan ruang untuk diri aku sendiri.
Dalam mencari sinar dan redha Ilahi.

Tidak pernah sekalipun aku menyesali apa yang terjadi.
Bukan juga aku menolak takdir Ilahi.
Tidak juga aku meratapi orang yang telah pergi.
Cuma terkilan masih ada insan yang dipanggil saudara lupa ada anak yatim yang sorang ni.

Tapi tak pe...
Aku ok je..
Hidup perlu diteruskan.
Berjuang selagi hayat dikandung badan
Persetankan manusia yang alpa dengan dosa-dosa yang dieorang buat.
Ada aku kisah??

Dunia berputar.
Hari ni hari aku dan waktu ini adalah waktu aku untuk diuji.

Biarkan luncai dengan labunya.
Semoga mereka sedar apa yang mereka buat sekarang ni.
HARAM MAKAN DOSA ANAK YATIM.

Wassalam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...